hai..apa khabar rakan2 di luar sana?semoga kalian sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T.Hari ni zura nak masukkan n3 pasal donut plak.Semalam ptg buat donut ini untuk minum petang,anak2 zura kalo petang2 mesti tanya umi x buat apa2 ke,jadi uminya kenala merajinkan diri masuk ke dapur tiap2 ptg tp bila dtg penyakit M datang,buat kat kedai je la jawabnya hihihi janji ado.Donut ini zura buat dua versi,satu yang biasa je la yg buh gula tu la yg lagi satu zura sira dgn sambal ni feveret zura.Da lama rasanya x makan donut bersira sambal ni dapat makan rasa nikmat sgt.Dulu2 masa zura sekolah tingkatan 6 ade classmate yg suka bawak kuih g sekolah,namanya Noraida ataupun Cahaya Hati dan salah satu kuih yg zura selalu suruh bawak ni la donut sambal ye la air tgn seorg mak kan mesti sedapkan.Zura de tepekkan sekali resepi wat donut ni dan zura suka guna resepi ni sbb kejadian donut ni sungguh la lembut.Sapa2 yg blm try tu,try la buat untuk family tersayang....
Resepi dari Hasue
Bahan2:
- 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)zura guna tpg biasa je...
- 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
- 50g Marjerin
- 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
- 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
- 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
- 1 Biji Telur-
- 1/2 Sudu Teh Garam
- Gula Halus atau topping kegemaran anda
- 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara2nya:
Resepi Sira Sambal
Sumber:Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah
10 -15 biji Donut yang telah digoreng

sedikit bijan(yg ni zura tambah)
Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)

No comments:
Post a Comment