Tuesday, November 29, 2011

BALIK KAMPUNG OOOO BALIK KAMPUNG....

Diam x diam da seminggu lebih budak2 cuti sekolah kan,cpt btl masa berlalu.Masa ni la dapat banyak jemputan yang perlu dihadiri, jemputan kenduri kahwin la,sunat la,aqiqah la..Minggu lepas balik kampung belah suami kat Temerloh sebab sepupu suami tu ader wat kenduri aqiqah.kalau tak pergi tak best la plak sebab masa bln lepas aku wat aqiqah,diorg sefamily dtg.ni kira kunjungan balas la.Da alang2 kat kg,suami pun ajak g Teluk Cempadak kat Kuantan,lama da x g sini sebenarnya.Seronok betul tengok haziq mandi tp mandi kat tepi2 pantai je la sbb ombak besar kan,bahaya.Balqis n Haziq nangis2 xnak mandi,takut.kesian kat kakak n adik kena nyakat dengan ayah..
Masa baru sampai ni,riuh je mulut haziq nampak laut..


time ni hari nk hujan da..

main pasir plak haris...

temankan haziq yg x mo mandi laut

balqis ni baru pas nangis sbb kena sakat dek ayah..kecian dia..

seronok betul haris mandi...

Penat balik kampung x abis lagi,Jumaat (2/12/2011) ni balik Johor plak,sedara belah aku plak kahwin.Baju2 dalam beg pun aku x kemas yelah nnati nak packing semula.jadi aku biarkan je baju2 tu dalam beg,malasnya aku ni kan...(isteri sapala ni kan).....
ni la beg2 yang aku malas nk kemas tu..hehehe

Wednesday, November 23, 2011

ALHAMDULILLAH...

alhamdulillah dapat kembali bersiaran setelah beberapa hari tidak menatap blog aku ni.2 3 hari ni kesihatan tak memuaskan.rasa cam nk demam pun ader,alhamdulillah selepas makan panadol,kepala pun da ok sikit kalo x nenong gak kepala ni..ok la apapun nak ucapkan TAHNIAH PADA HARIMAU MUDA diatas kejayaan mengalahkan Indonesia baru2 ni..sowi la lmbat wish.Malam ni plak bertemu dengan Syria.Semoga kalian semua dapat bermain dengan sebaik mungkin walaupun team Harimau Muda ni masih dalam kepenatan..Apapun GOOD LUCK...K la kite bertemu di lain siaran yer....

Friday, November 18, 2011

Kepenatan melanda sekejap sebab baru jer balik dari hari penyampaian hadiah tabika Kemas Haris.Pagi2 lagi da kejutkan Balqis n Haziq yang sedang tido dgn lenanya,terpaksala kejut xkan nak tinggal plak kan.Nasib baik la budak2 ni tak buat hal,mula2 tu risau gak takut diorg jadi hyperaktif,sayang anak2 umi...Pastu tgk Haris n the geng koir,comel je tgk2 budak kecik ni nyanyi koir.pas koir barula penyampaian hadiah,majlis ni simple je sebab kanak2 x ramai cuma 16 org je lgpun ni pihak sekolah sendiri yg buat.kalo penyampaian sijil tu mmg la besar2an pastu buat kt tmpt lain.pas da makan n aku da tolong sikit2,aku apa lg balikla.balik2 terus tido balqis n haziq,kepenatan kot.gambar masa haris amik hadiah x sempat nak snap sbb si kecik da mula meragam..okla layan je la gambar2 ni ek...

haris n the geng

Balqis dan Haziq da mula mengatuk....

Koir dari Tabika KEMAS Kg Medan Dalam 

Thursday, November 17, 2011

Salam..ari ni xde tajuk sebab xthu nk letak tajuk pe,jd terus taip je.Hari ni haris cuti sebab ada majlis konvokesyen pelajar2 tadika KEMAS.Haris tahun depan le baru konvo sebab thn ni dia baru je 5 tahun.Tgk anak org konvo kiter pulak yg excited,x sabar nk tunggu thn depan.k la tutup cita pasal tu,la ni nk kongsi menu minum petang semlm.Tengahari semlm aku masak kari daging,(tapi stail aku kalo masak kari daging ni x guna santan,guna air asam jawa sikit pastu air biasa je)nk perabihkan stok daging korban.selamat sudah semua daging2 korban.settle masalah.tengah dok mkn nasi tu,terlintas plak dlm kepala ni wat roti jala best gak,abis je mkn nasi aku pun bancuhla tepung nk wat roti jala,x nyempat2kan.hehehe yela sementara askar kecik tido baik aku cepat2 wat kan...jd ni la hasilnyer..tadaaaa...

Roti jala wif kari daging...

Monday, November 14, 2011

Hari ini ader mood nak membaking,lagi2 haris asyik request kek coklat tiap2 hari.Bagi tak menghampakan permintaan dia yang sehari dua ni aku wat der je,akhirnya dapat gak dia makan kek kegemaran dia tu.Resipi kek ni ambil kat laman web sapa aku da lupa la.Bukan pe umi dia sehari dua ni bz sikit,InsyaAllah ade 'projek' yang sedang menanti.Projek apa? nanti2la akan dbagitahu ye..k la mata sudah mengatuk..time to zzzzzz...p/s resipi n3 lain kali yer...


nila kek coklat yang aris dok minta tiap2 hari....

Saturday, November 12, 2011

Sejuknya....

Assalamualaikum..Cuaca yang syok ari ni.Subuh tadi hujan renyai2 hinggala ke tengahari, pas solat subuh tadi siap2kan breakfast untuk en hubby.Kerja la plak en hubby minggu ni tapi xpela da tugas diakan,kita sebagai isteri ni kenala faham.Plan asal nak g pasar pagi ari ni sambil cari bahan basah leh gak cuci2 mata sikit,da en hubby keje jd terpaksala cancel,nmpknya gayanya cuci mata kat umah je la hihihi.pas hubby g keje konon nk landing time la jap,ari ni kan cuti aris x sekolah..tup2 dgr suara aris "umi umi bgnla da siang"...terus x jadi nk sambung tido..Umi da lama bgn la sayang....Lepas da settelkan anak2,barula dok fikir2 nk masak apa untuk lunch ari ni, tengok dalam frozen ade daging korban bawak dari kg ari tu x terusik2 lagi,jd aku pun masak main campak2 je la,nak kata daging goreng kunyit mcm bkn nak kata masak kicap pun bkn.hehehe apa2la janji sodap....
daging goreng versi aku hihihi

Friday, November 11, 2011

salam perkenalan


Salam perkenalan kepada semua..baru nk belajar berblog ni.saje nk mengisi lapang padahal xla lapang sgt pun.Melayan karenah n keletah anak2 yg semakin membesar ni kdgkala meguji kesabaran gak tapi anggapla ia suatu pengalaman yg menyeronokkan.biar saya perkenalkan putera puteriku..yg sulung namanya Muhammad Luqman Haris br 5thn.da sekolah da kat tadika KEMAS.yg no 2 Nur Balqis br 2thn 8 bln n adik plak Muhammad Haziq bru sethn 3bln...

inilah buah hati ambo haris n haziq


ni anak dara ambo balqis..