Sunday, April 22, 2012

MUFFIN COKLAT

Salam 1 Malaysia

Sebenarnya da byk kali buat muffin coklat ini,n petang semlm buat lagi untuk minum ptg tp sayangnya x sempat nk snap pic,pas siap bakar je anak2 pun serbu.Bila da siap semua da penat terus mls nk amik pic2 ni,nsb baik ader lagi dlm simpanan pic2 yg seblm2 ni,jadi tepek je la..kejadian muffin ni sama je dgn yg buat ptg semlm..resepi ni amik dari dapur kak Izah Muffin Lover,mmg moist je muffin ni.sedar x sedar da masuk dlm mulut ni adalah 3 biji sementara tunggu nk siap semuany.Resepi asal muffin ni kata izah diambil dari Mak Lang dan Kak Ummi .Pada kak izah izinkan zura CnP resepi di sini yer utk rujukan di masa akan dtg...




Sumber:Izah

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko 
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam



Bahan B
 2 cawan gula kastor 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick 

Bahan C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.






















































Saturday, April 21, 2012

LADYBIRD N HONEYBEE

Salam 1 Malaysia....
Sebenarnya nk masuk N3 ni da lama da tp asyik lupa memanjang,bila byk keje yg nk dibuat terus dilupakan.Apam versi ladybird n honeybee ni buat sbb teringin sgt2 nk mencuba lukis corak mcm tu lgpun chomel la,selama ni wat dot2 je kan,kali ni try plak wat yg mencabar skit bg aku yg tgn jenis x bendung ni  (yg da pro tu mst ckp x mencabar pun hihihi).Anak2 aku pn x sabar da nk rasa apam ni,masa dok lukis corak ladybird tu pun dekat 10x diorg tnya "da blh mkn ke umi"..sabar ye anak2ku .
Pada mama,izinkan zura C n P resepi ni yer...Jom tgk resepi...


 





                                                                       Apam Dot2


Bahan

2 biji telur

1 cawan gula

1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu (zura guna tpg gandum +2sdk baking powder)
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.



Cara.

1.Panaskan pengukus

2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.

3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat). 
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)



nota dapurmamasya;

Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.





Friday, April 20, 2012

TAHNIAH.....

First2 nk ucapkan TAHNIAH wat en hubby dpt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011,Alhamdulillah padamu Ya Allah di atas kurniaanMU.Sesuatu yg tidak disangka2 setelah berkhidmat dgn keje gomen yg baru nk masuk 4 thn,ni la hasil dr keje keras ayah selama ini,we're proud with u ayah...Korang tahu mula2 aku x perasan pun sijil tu kat atas meja,bila kemas2 atas meja tu baru aku terperasan sesuatu yg lain,terus aku tnya hubby aku"ayah dpt APC ke,nape x cite pun,tahu pe jawapan dia,ayah malu la kat umi,lgpun hubby aku x sangka pun akan dpt anugerah ni sbb bg dia ader org yg lg layak dpt,hahaha tergelak aku dibuatnyer sejak bila la en hubby aku ni pandai malu2..tapi bg akula rezeki Allah yg tentukan thn ni rezeki hubby aku,insyaAllah thn depan rezeki org lain dan aku sebagai seorg isteri tetap akan mendoakan yg terbaik utk hubby n sentiasa akan menjadi tulang belakang..dan aku juga berdoa agar hubby aku lebih komited n berdedikasi pasni jgn plak da dpt sijil ini terus buat sambil lewa je keje tu,igt,KEJE ITU IBADAH,LAKUKAN DGN IKHLAS...