Thursday, May 31, 2012

SOTONG GORENG TOMYAM...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Apa khabar kawan2 di luar sana?zura doakan semuanya dalam keadaan yg baik2 .Minggu lepas zura agak kebizian sedikit ade family dari Johor datang bertandang ke rumah,hilang rindu pada mak abah setelah melihat raut wajah mereka.Terima kasih la pada abg zura n kak ipar yg sudi menjejak kaki ke teratak zura yg x seberapa ni.Puas la bawak diorg berjalan kat sini,walaupun abah zura kepenatan tp dia tetap sporting..
Okla arini nk masukkan N3 pasal resipi di atas,ni resepi main campak2 je n pastinya cepat n simple...






Bahan2:
1/2kg sotong (dibersihkan dan dipotong)
1 peket perencah tomyam Adabi
cili padi di ketuk (ikut kepedasan masing2)
3 biji bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih- ditumbuk
 2 batang serai di titik
sebiji tomato dibelah 4
bwg besar (potong wedges)
sedikit daun limau purut

Cara2nya:
Panaskan minyak,tumis bhn yg ditumbuk serai n cilipadi.
Masukkan perencah tomyam Adabi,tambah air sedikit jika nk berkuah,
Masukkan sotong gaul rata.
Masukkan tomato,bwg besar n daun limau purut.
Letak garam n gula sikit.
Bila sotong da masak tutup api ler...

Tuesday, May 22, 2012

MASAK LEMAK CILI API IKAN MASIN + NENAS







Salam 1Malaysia...
Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada diri ini untuk menyambut bulanMu (bln Rejab).Semoga dgn kehadiran bulan yang mulia kita akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan ibadah kite dan juga sebagai latihan fizikal dan mental seblm kedatangan Ramadhan.Kalau blh itu jgn la kite perbanyakkan ibadah untuk bulan2 ni je,seelok2nya tiap2 hari kita tingkatkan segala amalan dan juga ibadah.

Hari minggu yg lepas zura masak masak lemak cili api ikan masin campur dgn nenas,ikan pekasam,goreng taugeh,n grg bishop.Da lama rasanya x mkn masak lmk cili api ni,pagi tu g SEGI cari bhn basah utk seminggu nampak plak nenas yg baru2 nk masak terus capai sebiji.Pastu singgah plak pasar pagi dekat2 dgn umah zura nk cari ikan masin kurau.Zura masak nie ikut resipi MIL rasa2nya anda pun guna bhn yg sama kot..jom tgk resipi


MASAK LEMAK CILI API IKAN MASIN + NENAS...


Bahan2:

Ikan masin kurau
sebiji nenas yg sedang
cilipadi (agak2la nk pedas mana)
santan dari 1 biji kelapa
kunyit hidup
serai (di titik)
daun kunyit
garam n gula skit


Cara2nya:
Tumbuk cili padi n kunyit hidup.
Masukkan bahan yg telah ditumbuk didalam periuk,letak santan,serai.Masak diatas api dan hendaklah sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
Da mendidih,masukkan ikan masin dan juga nenas,Akhir sekali masukkan daun kunyit.Tambahkan garam sikit je sbb ikan masin da masin kan..
Bila agak2 da masak matikan api ler..








 





Saturday, May 19, 2012

KEK KUKUS COKLAT POLKADOT

Salam 1Malaysia...
Da mlm baru nak masuk n3 kan,xpela masa ni tgh free kan so cpt2 update nnt x terupdate plak.Petang tadi mood nk membaking datang lagi,kali nie try resepi dari dapur k1.Pertama kali buat,bagi tekak zura nie kek ni rasa manis mgkn disebabkan penggunaan kaya n holicks tapi anak2 zura suka makan,lepas abis satu potong capai satu potong lagi.Zura buat setengah adunan je,cuak gak kalo nk buat satu adunan sbb bahan2 blh tahan gak bahannya sbb tu buat satu adunan je,kalo x jadi x la rasa rugi sgt..hehehe.okla sapa2 nak resipi boleh jenguk kat SINI k...



Thursday, May 17, 2012

Bahulu Gulung

Salam 1 Malaysia..
Ari ni x mo tulis panjang2,just nk share je n3 bahulu gulung yg zura buat petang semlm,buat ni pun gara2 teringinnnnnn sangat nak mkn,buatnyer xla susah mana n bahan2 pun simple sesgt.Resepi zura amik dari dapur kak Dayang,sapa2 yang nak cari resepi kek lapis Sarawak bolehla bertandang ke dapur beliau,byk resepi kek lapis yang sungguh menyelerakan.. ok la jom tgk resepi


 
sori la mutu gmbr x memuaskan hati...



Bahulu Gulung
resepi : Dayang Jack

Bahan-bahan :
( dulang saiz 9" x 7" atau 10" x 10" x 1" - Satu gulung utk 3-4 orang )
  • 90g tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A (telur yang segar pada suhu bilik)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla / jus lemon
  • jem secukupnya (DJ menggunakan filling strawberi)zura guna jem bluberry
  • sedikit gula halus untuk taburan - boleh skip

Cara-cara
  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dengan cara kaup balik. (kaup tepung dengan perlahan sahaja) 
  5. Tuangkan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Ratakan.
  6. Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
***boleh rujuk di MYR untuk lihat step berserta gambar.




Tuesday, May 15, 2012

Donut Sira Sambal

Salam 1 Malaysia..
hai..apa khabar rakan2 di luar sana?semoga kalian sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T.Hari ni zura nak masukkan n3 pasal donut plak.Semalam ptg buat donut ini untuk minum petang,anak2 zura kalo petang2 mesti tanya umi x buat apa2 ke,jadi uminya kenala merajinkan diri masuk ke dapur tiap2 ptg tp bila dtg penyakit M datang,buat kat kedai je la jawabnya hihihi janji ado.Donut ini zura buat dua versi,satu yang biasa je la yg buh gula tu la yg lagi satu zura sira dgn sambal ni feveret zura.Da lama rasanya x makan donut bersira sambal ni dapat makan rasa nikmat sgt.Dulu2 masa zura sekolah tingkatan 6 ade classmate yg suka bawak kuih g sekolah,namanya Noraida ataupun Cahaya Hati dan salah satu kuih yg zura selalu suruh bawak ni la donut sambal ye la air tgn seorg mak kan mesti sedapkan.Zura de tepekkan sekali resepi wat donut ni dan zura suka guna resepi ni sbb kejadian donut ni sungguh la lembut.Sapa2 yg blm try tu,try la buat untuk family tersayang....





Resepi dari Hasue

Bahan2:
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)zura guna tpg biasa je...
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara2nya:

  • Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  • Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  • Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  • Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  • Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  • Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  • Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  • Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^




  • Resepi Sira Sambal
    Sumber:Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa
    By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

    Bahan² untuk sira
    15 tangkai cili kering
    5 biji bawang putih
    1/4 cawan sos tomato
    2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
    1/2 labu bawang besar-hasue tambah
    Garam secukup rasa- hasue tambah

    10 -15 biji Donut yang telah digoreng
    sedikit bijan(yg ni zura tambah)

    Cara2 untuk sira sambal:
    1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
    2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
    3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
    4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
    5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)
















    Wednesday, May 9, 2012

    Swiss Roll Dot2...

    Salam 1 Malaysia..
    Da malam baru nak masuk n3 kan,apa nak buat masa x mengizinkan untuk zura update tiap2 hari.Zura salutela dgn rakan2 blogger lain yang sentiasa update blog,tiap2 hari de je cita baru.Okla zura nak cita pasal swiss roll yg zura buat ptg tadi,maaak aiii mencabar btl nak buat swiss roll ni apatah lagi nila baru zura try test buat dan Alhamdullilah menjadi.Masa nak buat ni zura x putus2 doa kat Allah supaya menjadila projek zura ni walaupun zura buat yang basic sgt,krim pun guna buttercream kosong je xde letak buah starwberi mcm kak1 pastu corak pun main dot2 je (corak org nak cepat siap hihihi) dan nampaknya Allah telah makbulkan doa zura walaupun terkial2 gak membuatnya.Masa nk menggulung pun rasa x yakin je tapi ckp kat diri sendiri gulung je,kalo pecah masuk perut gak hihihi.Okla sesiapa yang resipi bolehla g SINI
















    Sunday, May 6, 2012

    FAMILY GATHERING....

    Salam 1 Malaysia..
    Kali ni saja nk share pic masa wat family gathering masa balik kampung hari itu.Seronoknya dapat balik kampung n berkumpul ramai2 bkn apa selalunya kalo zura balk kg mesti x dpt nk jumpa dgn abg no 2 tu,kali ni da planning cantik punya dgn dia akhirnya dapatla kumpul dgn semua adik beradik.Sebenarnya nk blk ni mak n abah x thu pun konon2la nk wat surprise,emmm tp abg sulung zura p bocor rahsia plak,terus x surprise.Mlm tu ade la wat acara bakar2 haiwan  BBQ n potong2 kek sempena sambutan hari lahir dari bln Jan-Mei,yg lain2 tu tunggu gathering seterusnya ye hihihi..okla cukup untuk hari ni..



     
    orang kuat mlm tu...

        





















    nenek sedang melayan cucu2nya.....
       
    acara BBQ....


    antara menu mlm tu:nasi grg,mee grg n sardine roll




    antara yg sambut bestday mlm tu adalah abah n aku

    2hb n 3hb Mei....