Tuesday, June 19, 2012

Chocolate Brownies Tanpa telur..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Semalam zura buat brownies coklat nie,sebenarnya ni la baru 1st time zura buat brownies.Sebelum2 nie pernah la gak merasa brownies ni nk tahu mcmnala rasanya (kesian kat zura kan,mcm jakun je hihihi),waaah bila da rasa terus ku sudah jatuh cinta.terima kasih la pada Maryatul Wahida n kakak ipar ku Syitha Bahari sbb memberi zura rasa brownies semasa dtg ke rumah zura.Resipi ni zura dapat dari blog Rahel,sapa2 yg nk cari resipi2 yg best2 g la blog beliau.Okla jom tgk resipi..




Chocolate Brownies (tanpa telur)
Resepi asal:Kak Fida 

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B:
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:
Kekacang atau choc chip untuk tabur

Cara:
1.Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
2.Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
3.Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.
   Tabur kekacang atau choc chip rata-rata.
   Bakar pada suhu 160'C selama 25-30 minit.
5.Adunan brownies ini juga sesuai dibakar di dalam cawan kertas,isikan adunan hingga
   3/4 cawan kertas.Bakar selama 20 minit.

Friday, June 15, 2012

NASI AYAM SEMPOI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Sebenarnya nasi ayam nie zura buat atas permintaan Haris,masa tu dia ckp kat zura dlm kereta otw balik dari sekolah,tp disebabkan hari tu zura da masak lauk lain terpaksala permintaan dia tu ditunda ke hari esoknya.Esoknya pagi2 lagi seblm pergi ke sekolah dia da pesan dgn zura suruh masakkan nasi ayam takut umi dia lupa la tu hehehe..Balik je dari sekolah x sampai rumah pun lagi da tanya da nasi ayam dia da buatkan ke belum,alahai mak omak sorang nie..mcm org ngidam..hihihi.Inila nasi ayam yg zura masakkan untuk dia,sempoi je hihi...resipi zura amik dari SINI









Friday, June 8, 2012

PAIS AYAM TEMASEK

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Salam hari Jumaat,penghulu segala hari semoga hari ini kawan2 di luar sana diberi kerahmatan dan keberkatan dari Allah S.W.T.Diam x diam tinggal 2 hari lagi sekolah akan dibuka,semua persiapan da siap ke.Walaupun anak zura baru je sekolah tadika tapi zura da siapkan da semuanya.ye la budak baru 6thn,kata org tu manja lagi semua benda nk suruh umi dia yg buatkan tapi yg pasti kasut sekolah Haris dia sendiri yg basuh,bkn apa kena latih dia dr sekrg.Ok la kita berbalik pada resipi hari ini,sebenarnya masa BW kat blog Cik Mat Gebu zura terpandang resipi ni,sungguh menyelerakan jadinya zura pun try test la.Bila da cuba betulla kata CMG rasa dia mcm rendang lau letak lengkuas,kerisik n serai lebih jadila rendang.tapi yg pasti mmg SEDAPPPPPP lagi2 kalo mkn dgn nasi panas x sedar da 2x tambah nasi,en hubby pun kata sedap.Sesiapa yg nk merasa tu kena la cuba dulu baru blh tahu rasa dia.Jom kite tgk resipi




Resipi Asal:Puan Aini Salim
Sumber:Che Mat Gebu n Kak Ayu


BAHAN-BAHANNYA :-
1 ekor ayam, dibelah dua (mat guna 4 bahagian ayam dan potong 2 setiap 1 bahagian)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut, disiat
2 cawan santan
2 camca besar gula melaka (mat guna 1 camca besar)
1 camca besar pes asam jawa + 1/2 cawan air
Garam dan perasa secukup rasa (mat tak letak perasa, tapi ganti dengan kiub ayam)
Daun pisang secukupnya 

BAHAN KISAR HALUS :
4 camca besar cili kisar (mat guna 2 1/2 camca besar)zura pun sama
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
8 biji buah keras (mat guna 5 biji)
2 batang serai, hiris halus
Beberapa biji cili padi (optional)-zura x letak
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. Masukkan daun limau purut, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah garam dan perasa secukupnya, masak hingga pekat dan hampir kering. Biar sejuk sedikit.
  3. Sedia kan daun pisang, letak ayam tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit, bungkus dan semat dengan lidi sate. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190C. Hidangkan panas bersama nasi. 

Thursday, June 7, 2012

SIAKAP KUKUS HALIA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hari ni nk share siakap kukus halia yang zura buat untuk dinner mlm tadi.Habis fikir da nk masak apa dgn ikan siakap yg seekor ni,godek2 pun godek jumpa la resipi siakap kukus ni dari dapur kak Wana Yusuf,bkn x biasa wat siakap kukus ni tapi saje cari resipi dari blogger2 masakan mana tahu kena dengan selera zura n family terutamanya anak2 zura dan alhamdulillah resipi ni memang memenuhi selera anak2 zura.Ok jom tgk resipi..







Ikan Kukus/Stim 
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional-
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak-zura pun x letak
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar-zura x letak,xde stok

  • Cara-cara
    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

    Wednesday, June 6, 2012

    AYAM MASAK KICAP KERISEK

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
    Hari ini nak share satu resepi yg senang dan cepat yg semestinya pasti sedappppp....Zura jumpa resepi ini kat dapur kak Yatie yg katanya dapat daripada Kak Fida@myresepi,
    Pada kak yatie,izinkan zura CnP resepi di blog kesayangan zura nie yer....






    Bahan-bahan ( 8-10 orang )
    1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
    3-4 biji bawang besar*
    8 ulas bawang putih*
    3 tangkai lada merah/hijau*
    3 batang serai**
    1 ibu jari halia**
    1/2 cawan pes cili kering
    1/2 botol kicap manis/pekat manis
    sedikit belacan bakar
    1/4 cwan air asam jawa
    3 sb penuh kerisik
    garam,gula secukup rasa jika perlu
    sedikit air jika perlu
    1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis


    Cara-cara
    1. Hiris halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
    2. Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
    3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
    4. Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
    5. Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... 

    p/s:zura guna ayam sebelah je sbb yg mkn pun x ramai,jd bhn2nya tu kena pandai2la adjust yer ikut berapa ramai nk mkn....























    Tuesday, June 5, 2012

    MOIST CHOC.CAKE

    Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
    Hari ni masukkan N3 yg tertunggak,kek ni da lama buat n da pun masuk dlm wall FB.Walaupun da byk kali buat kek ini tp kali ini guna ganache yg x payah guna coklat masakan..credit pada Ratu Kebaya sbb bg resipi ganache ni dan.resipi kek mcm biasa la zura guna resipi dari ros jintanmanis,jom kite tgk resipi...






    Bahan2:

    2 cawan tepung gandum
    2 sudu kecil baking powder
    1/2 sudu kecil baking soda
    3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
    1 cawan gula
    1 cawan air suam 
    1/2 cawan susu pekat
    1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
    3 biji telur 
    beberapa titik esen vanila



    Cara-caranya

    1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
    2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
    3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
    4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan.

    Topping:
    fresh milk,susu pekat (zura tmbah),2 sudu serbuk koko,1 susu butter
    kacau semua dlm periuk hingga sebati,bila da likat curah atas kek..