Saturday, November 17, 2012

Apam Mekar...

Assalamualaikum....
Petang ni merajinkan diri wat apam mekar yg mcm malu2 je nk mekar.Walaupun malu2 tapi hasilnya sungguhlah gebu n lembut,mkn panas2 lagi sedap siyes ooo..Budak2 ni siap je kukus,jap2 capai jap2 capai,tgh lapar la agaknya tu yg x nyempat2 nk tunggu umi siapkan semua sekali lagipun cuaca mendung je,perut pun cepatla laparnye.Melihatkan keadaan anak2ku yg mkn mcm x hengat dunia,aku pun ketepikan sikit utk aku nk mkn nnt kang aku lak yg kempunan.teruk betul umi diorg ni kan hihihi.En hubby plak mkn dgn stail dia,apam tu dicicah dgn air kopi.apa2 je la yang oiii janji masuk perut jgn masuk en dustbin suda.
Ok la saja tepek resepi kat sini,nnt senanglah nk rujuk kalo nk buat lagi dan nk bagi dia mekar setaman lak..






Apam MekarResepi asal - Fatmah bahalwan
                  - hazila my small  kitchen

                  - zila4ever.blogspot.com

Bahan -bahan225gram gula pasir
2 biji telur
250 gram tepung gandum
1 teaspoon ovellate
1 teaspoon baking powder
150ml air soda - sprite
1 teaspoon pandan paste
pewarna yang digemari-zura guna pewarna hijau n merah..


Cara-caranya

  1. siapkan pengukus-biar wapnya keluar dengan banyak -penting
  2. pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan) - sangat penting
  3. masukkan ovellate dan pukul lagi
  4. ayakkan tepung dan baking powder.
  5. masukkan tepung berselang seli dengan air sprite.
  6. pukul hingga kental dan pekat..
  7. bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali,adunan akan ambil masa untuk jatuh semula kedalam bekas.
  8. masukkan perisa pandan.bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  9. letak pewarna yang digemari.
  10. susun papercup dalam acuan lompang.
  11. tuang kedalam papercup secara berselang seli..hampir memenuhi papercup.
  12. kukus sehingga 20 minit.
  13. sedia dihidang

Monday, November 5, 2012

HOT SPRING SG KLAH,PERAK..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Sebenarnya tak de pe sgt nk cita cuma nk share sikit pasal trip sekolah Haris je.Sabtu lepas 3hb November,sekolah Haris buat rombongan sekolah p Kolam Air Panas Sg Klah,Perak tau.Mula2 igt nak join naik bas sekali dgn budak2 yg lain lagipun haris x pernah naik bas tup2 cikgu ckp bas da penuh,jawabnyer kenala p sendiri tapi bukan kitorg je yg p sendiri, ada 3 buah kete lagi yg join sekali.Kitaorg bertolak dari sekolah lebih kurang pkl 8.30 pagi dan sampai dalam pkl 12 tghari.Sebelum sampai ke destinasi yg hendak dituju kitorg p singgah dulu pekan Bidor,xde apa2 pun just byk org jual buah n petai (musim petai kot skrg).pas beli buah yg macam2 jenis yg konon2nya mcmla kat kedai depan rumah aku ni xde jual terus gerak ke air panas.Sampai2 je kitorg isi perut dulu,sbb kat dalam tu x boleh bawak makanan dr luar,ala biasa la tu kan peraturan mcm tu.Bayaran masuk utk org dewasa RM12 dan kanak2 6 tahun ke atas Rm10,bwh 6 thn free..
Sebelum budak2 ni dibenarkan mandi,cikgu adakan dulu sukaneka ala sukan budak2 bwk bola pingpong dlm sudu la,padankan nombor,bawak bola celah ketiak.Budak2 yg sukan mak budak yg hilang suara,bagi support kat anak2 konon2nyer hihihi.Selesai je sukan,apalagi budak2 ni terus je terjun kat kolam mandi.Haziq mula2 nangis x nk mandi,sekali aku saja angkat dia duduk kan dlm air tu pastu terus dia xnk naik da.eksyen je ini budak.Da puas mandi,kitaorg gerak balik dalam pkl 4.30 ptg.Time ni x follow bas da,kira ikut haluan masing2.Alamak terpanjang plak my story mory ni kan,apa kata korang layan je la gmbar yg sempat en somi snap..



depan tu bas yg bwk cikgu nk budak2,ade 4 kete konvoi belakang bas tu termasukla kete kami

berhenti di Bidor jap beli buah,korang tgk siap beli pisau lagi nk bagi anak2 senang mkn ..

sesi mengenyangkan perut..


nk masuk tempat mandi2 ade tram yg disediakan,kalo nk jln kaki pun blh tp letihlah..

beratur utk sukaneka..
ikat tali rafia acara utk bapak budak,en somi dpt no.2 aku?jgn tanyala apa pun xdak..

time rebus telur plak,5 biji rm3.00


rileks je en somi rendam kaki,time ni aku jap2 angkat kaki panas ooooo

area kolam air suam,xlah sejuk sgt..

susah btl nk snap gmbr ini budak,akhirnya dpt gak time dia senyum...

hasil daripada Haris main sukaneka,byk tupperware tp okla tu kan...






Thursday, November 1, 2012

PIZZA...

Entry tertunggak lagi,xpela kan bukan de yg baca blog ni pun sendiri taip sendiri baca hihihi.Pizza ni da lama da buatnyer, da jadi bahan kumbahan da pun.Saja letak dlm blog ni biar senang nk cari resepi pizza bila nk buat nanti xdelah dok godek2 dapur maya org lain.Kali ni zura try resipi dari dapur kak Nannie tp topping ikut apa yg ada dlm peti ais zura la..




Sumber:Kak Nannie


BAHAN DOH PIZZA
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL-guna separuh je
1-2 ketul dada ayam
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese monzarella
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
cendawan butang- potong nipis
nenas tin - potong kecil-kecil
*Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .-Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.

UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan susun cendawan butang , cili capsicum , nenas , ayam dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .







Wednesday, October 31, 2012

MAJLIS PRA GRADUASI HARIS...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Semalam zura sefamily menghadiri majlis pra graduasi Haris di Dewan Wawasan Sek Keb Kg Medan.Sekejap je masa berlalu,pejam cilik pejam cilik da 2thn Haris sekolah tabika,byk peristiwa yg masih segar dlm igtan ini.Masa mula2 masuk sekolah Haris nangis gak tp xde la ngs beriya2 just sedu2 je pas cikgu pujuk ok la,pastu de gak terkucil masa kat sekolah,kenangan tu nnt blh cita semula kat dia bila dia da besar hihihi.Terima kasih la pada cikgu Nor Azlina dan cikgu Ucu yg sanggup melayani karenah pelajar2 cilik ini dan bersusah payah mengajar mereka ini membaca,menulis dan mengira.Apapun sekalung tahniah la pada anak2 kecil ini semoga kalian akan menjadi anak yg cemerlang di dunia dan akhirat....







Masa ni Balqis n Haziq da mula nk hilang kawalan,prog x mula lagi nih...


Haris n the geng...yeah yeah...


Sempat lagi bergambar masa tgh beratur tunggu giliran naik pentas


Amik gambar lagi dgn geng2 Tabika buat2 kenangan di hari tua kelak...


Masa ni nama Haris yg disebut tp budak ni plak yg naik sbb pembantu cikgu tu salah susun kedudukan  budak2,bila time nama budak ni Haris plak yg naik da x pasal2 tersnap gmbr budak ni,x sempat nk amik gmbr Haris huhuhu...

amik gmbr dgn cikgu Nor Azlina (baju biru) n pembantu cikgu (baju purple)plak...


gmbr solo...

Balqis n Haziq da x blh tahan duk dlm dewn sebab panas,siap nk buka baju lagi budak2 ni,last2 bwk diorg kuar n belikan air,settle masalah..

konon2 da habis grade sgt la ye..no no ni baru permulaan yang oii jauh lagi perjalanan kalian..






Wednesday, October 10, 2012

WW...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Arini xde mood nk tulis pjg2,jamu je la mata anda2 semua dgn pic2 ni.Ini semua xtvt minggu lepas..layannnnnnnnnnnnnnnnn......








Saturday, October 6, 2012

YG SIMPLE2 AJE:BUBUR...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Bubur ni da lama da buat,da jadi baja pun tp lupa lak nak masukkan dlm blog kesayangan zura ini.Ingat lagi masa ni Balqis yang beriya2 suruh umi dia buat,bila tanya kenapa kakak nak makan bubur boleh dia jawab kakak kan baby lagi.hish hish hish budak ni memang perasan betul.Iyolah tu baby,bila haris dengar terus dia cakap baby tua hahaha,bebudak ni macam2 karenah diorg.Nanti kalo diorg ni da besar mesti umi akan rindu saat2 manis zaman kanak2 riang ni.Bila bubur ni da siap,zura lupa plak satu benda yg xde,rupanya lupa nak beli telur masin tapi takpe la xde telur masin pun licin gak.Sebagai lauk tambahan untuk digandingkan bubur ni zura buat kangkung goreng belacan.sedap gak.












Friday, September 14, 2012

soto-idea Haris...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Hahaha da nk masuk setgh bln September da,merdeka pun da,tn rumah baru nk update ke??Inilah akibatnyer kalo da bercuti lama sangat nk mulakan balik tu Ya Allah malasnyer,walau macamanapun kenala update gak walaupun ntah apa2 ntah.Sebelum tu kan kita masih dalam bulan Syawal lagi kan kan kan,jadinyer Zura ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ye pada rakan2 diluar sana.Hari ini kan zura pening da xthu nk masak pe utk kami anak beranak nk mkn tengahari tadi.Fikir punya fikir last2 tanya Haris nk mkn pe.terus dia jawab nk mkn soto,sup ayam dgn cekodok kentang.korang tahu cekodok kentang tu apa?meh sini nk habaq,cekodok kentang ni ikut kamus Haris ialah begedel hihihi alahai anak omak nie,xthu knp dia panggil cekodok,terpaksala umi dia ni terangkan tu bkn cekodok nak oii,tu namanye begedel..ada faham?ok la meh tgk pic2 yg zura snap guna henpon cap ayam ni hihihi..

cekodok kentang aka begedel seblm digoreng



yg ni selepas di goreng..


soto asal ada aje..abaikan ekor2 tauge tu sbb lupa nk buang tp da dibasuh dgn bersih tau..








Friday, August 10, 2012

ALMOND LONDON....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Hari ni x mo tulis panjang2 sbb byk keje yg menanti.Biskut ni zura buat mlm tadi,da siap bakar blh plak tertdo.Nasib baik terjaga pkl 2 pagi,pe lagi pagi2 buta tu zura da mulakan projek mandikan biskut ni dgn coklat dan siap ngam2 masa nk sahur.Bagi zura biskut ni rapuh sgt,xthula org lain buat sama x dgn zura pastu kena hati2 bila memegangnya kalo terkuat je abis berderai,lagi satu kan sebelum dibakar comel2 je bentuknya tapi bila siap bakar ah amik ko..montel2,gebu,mcm2 saiz ada hihihi.Paling menguji kesabaran bila nk menyalut dgn coklat,x kemas langsung.ada yg ok ade yg sememeh.tapikan bila da salut dgn coklat nasib baikla da x berderai kira okla.Lagipun inilah pertama kalinya zura buat biskut ini sebab tu byk sgt songehnya hihihi.











Sumber:Kak Azlita


ALMOND LONDON

Anggaran dalam 120 - 150 biji

250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupnya 
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.

Thursday, August 9, 2012

BISKUT DAHLIA ...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hari nie hari yg ke 20 kita berpuasa maknanya kita semua sudah memasuki 10 mlm terakhir Ramadhan,dan diantara mlm2 terakhir inilah berlakunya malam Lailatul Qadar iaitu mlm yang lebih baik dari seribu bulan dan kita digalakkan untk mempertingkatkan lagi amal ibadah kita pada mlm2 tersebut.Tapi lagi elok kalo kita terus tingkatkan amal ibadah kita sepanjang masa walaupun bukan bulan Ramadhan.
Ok la berbalik pada tajuk n3 di atas,sebenarnya biskut ini adalah biskut pertama yang zura buat sebelum tart nenas teratai.kiranya yang ini adalah tambahan kepada biskut dahlia yang zura da  buat hari tu.Kenapa zura buat biskut tambahan?ahaks..sebenarnya En suami lambat cakap kat zura suruh buatkan biskut ini,en suami nak bagi kat kawan dia.nasib baik x ramai 2 org je.Resepi zura cedok dari blog CMG tapi bab kaler2 zura tgk kat blog kak Ita.mintak halal yer zura CnP resepi di blog kesygan zura ini,bukan apa senang nk wat rujukan..










Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.(zura guna whisk aje)
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


Wednesday, August 8, 2012

TART NANAS TERATAI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
wah lama btl x update blog,da naik bersawang da,labah2 pun da makin banyak wat port2 baru hihihi..biasala tuan tanah ni rasa suam2 kuku je nk berblog ,kira update ikut suka hati tu yg asyik bersawang je hihhihi.Okla diam x diam da 19 hari kita berpuasa,rasa sekejap je kan,x sampai 2 minggu da nak raya.Bercakap pasal raya ni kan,mesti de biskut raya kan,jadinya semlm zura pun merajinkan diri mengukis tart nanas nie.Mula2 ingat nk buat tart gulung tapi entah mcmana dtg plak virus M nk menggulung ni,jadinya zura pun test la wat tart teratai ni.best plak zura rasa bila main terap2 doh ni.Resipinya zura ambil kat SINI dan utk simpanan, zura C n P resipinya kat blog zura.Terus terang zura ckp tart ni mmg memenuhi citarasa zura,bila ngap je terus cair dimulut...














TART NENAS TERATAI
by: Kak Anim & Kak Ita

Idea ilham : Chef Asma

4 oz butter - 115 gram 
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,Masukkan butter dan minyak sapiGaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whiskMasukkan tepung sedikit demi sedikit.Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


JAM NENAS
 by: Kak Anim
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan







p/s:zura guna jam nenas yg ready made je yg ade jual kat kedai bakery..






Monday, July 9, 2012

PAU YANG X GEBU....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Menu untuk minum petang yg da beberapa hari zura buat pau sbb tekak ni rasa mcm nk makan pau (n3 tertunda lagi ).Ni kira 1st time zura buat pau,kejadiannya xla menghampakan sgt pun cuma x gebu je,lain kali wat nk uli lama sikit n nk pakai tepung pau.Zura ambil resepi ni dari buku resipi Chef Hanieliza 'Senangnya Memasak...Kuih Kukus'.Dalam buku ni ader 23 jenis kuih kukus dan disertakan gambar cara2 nk membuatnya,nanti bila ader kelapangan bolehla zura cuba yang lain plak...


Pau


Sumber:Chef Hanieliza

Bahan2:
500gram tepung pau ataupun tepung gandum 3 cawan
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis mauripan
2 sudu makan minyak masak
1 cawan air suam


Cara2:

-Gaul rata semua bahan kecuali air suam.
-Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga habis.
-Uli sehingga licin (tidak melekat pada tangan)
-Tutupkan dgn kain dan biarkan sehingga naik 2x ganda.
-Tumbuk adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
-Bulatkan dan masukkan inti mengikut citarasa sendiri.
-Lapikan adunan di atas keratan daun pisang ataupun kertas.
-Biarkan adunan sehingga naik lagi.Panaskan kukusan.
-Masukkan adunan dan kukus selama 10-15 minit.Buka tudung kukusan dgn berhati2 supaya wap x menitis diatas adunan pau.
-Sedia dihidangkan....

Friday, July 6, 2012

TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
N3 tertunda...
Pemberian dari seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa,last sekali jumpa masa abis drjah 6,kira umur 12thn masa tu sampai la ni umur zura dah 32thn.nk masuk 20thn tu lama btl kan.Nasib baik la de facebook ni kan,blhla contact2 balik kawan2 lama yg da terputus hubungan tu.Sebelum tu zura de hadiahkan sesuatu dari air tgn zura sendiri,zura buatkan kek kukus coklat polkadot n kek gulung.Sebenarnya zura x mengharapkan apa2 balasan pun,tapi zura anggap ini adalah pemberian yg tidak akan dilupakan,terima kasih Siti Nor Rashidah Ahmad,semoga persahabatan kita ni tidak akan putus sampai bila2..sayang kamu...


Hadiah dari Shidah...




kain ela..yg pasti akan menjadi salah satu koleksi baju raya....



















Tuesday, June 19, 2012

Chocolate Brownies Tanpa telur..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Semalam zura buat brownies coklat nie,sebenarnya ni la baru 1st time zura buat brownies.Sebelum2 nie pernah la gak merasa brownies ni nk tahu mcmnala rasanya (kesian kat zura kan,mcm jakun je hihihi),waaah bila da rasa terus ku sudah jatuh cinta.terima kasih la pada Maryatul Wahida n kakak ipar ku Syitha Bahari sbb memberi zura rasa brownies semasa dtg ke rumah zura.Resipi ni zura dapat dari blog Rahel,sapa2 yg nk cari resipi2 yg best2 g la blog beliau.Okla jom tgk resipi..




Chocolate Brownies (tanpa telur)
Resepi asal:Kak Fida 

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B:
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:
Kekacang atau choc chip untuk tabur

Cara:
1.Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
2.Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
3.Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.
   Tabur kekacang atau choc chip rata-rata.
   Bakar pada suhu 160'C selama 25-30 minit.
5.Adunan brownies ini juga sesuai dibakar di dalam cawan kertas,isikan adunan hingga
   3/4 cawan kertas.Bakar selama 20 minit.

Friday, June 15, 2012

NASI AYAM SEMPOI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Sebenarnya nasi ayam nie zura buat atas permintaan Haris,masa tu dia ckp kat zura dlm kereta otw balik dari sekolah,tp disebabkan hari tu zura da masak lauk lain terpaksala permintaan dia tu ditunda ke hari esoknya.Esoknya pagi2 lagi seblm pergi ke sekolah dia da pesan dgn zura suruh masakkan nasi ayam takut umi dia lupa la tu hehehe..Balik je dari sekolah x sampai rumah pun lagi da tanya da nasi ayam dia da buatkan ke belum,alahai mak omak sorang nie..mcm org ngidam..hihihi.Inila nasi ayam yg zura masakkan untuk dia,sempoi je hihi...resipi zura amik dari SINI









Friday, June 8, 2012

PAIS AYAM TEMASEK

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Salam hari Jumaat,penghulu segala hari semoga hari ini kawan2 di luar sana diberi kerahmatan dan keberkatan dari Allah S.W.T.Diam x diam tinggal 2 hari lagi sekolah akan dibuka,semua persiapan da siap ke.Walaupun anak zura baru je sekolah tadika tapi zura da siapkan da semuanya.ye la budak baru 6thn,kata org tu manja lagi semua benda nk suruh umi dia yg buatkan tapi yg pasti kasut sekolah Haris dia sendiri yg basuh,bkn apa kena latih dia dr sekrg.Ok la kita berbalik pada resipi hari ini,sebenarnya masa BW kat blog Cik Mat Gebu zura terpandang resipi ni,sungguh menyelerakan jadinya zura pun try test la.Bila da cuba betulla kata CMG rasa dia mcm rendang lau letak lengkuas,kerisik n serai lebih jadila rendang.tapi yg pasti mmg SEDAPPPPPP lagi2 kalo mkn dgn nasi panas x sedar da 2x tambah nasi,en hubby pun kata sedap.Sesiapa yg nk merasa tu kena la cuba dulu baru blh tahu rasa dia.Jom kite tgk resipi




Resipi Asal:Puan Aini Salim
Sumber:Che Mat Gebu n Kak Ayu


BAHAN-BAHANNYA :-
1 ekor ayam, dibelah dua (mat guna 4 bahagian ayam dan potong 2 setiap 1 bahagian)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut, disiat
2 cawan santan
2 camca besar gula melaka (mat guna 1 camca besar)
1 camca besar pes asam jawa + 1/2 cawan air
Garam dan perasa secukup rasa (mat tak letak perasa, tapi ganti dengan kiub ayam)
Daun pisang secukupnya 

BAHAN KISAR HALUS :
4 camca besar cili kisar (mat guna 2 1/2 camca besar)zura pun sama
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
8 biji buah keras (mat guna 5 biji)
2 batang serai, hiris halus
Beberapa biji cili padi (optional)-zura x letak
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. Masukkan daun limau purut, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah garam dan perasa secukupnya, masak hingga pekat dan hampir kering. Biar sejuk sedikit.
  3. Sedia kan daun pisang, letak ayam tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit, bungkus dan semat dengan lidi sate. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190C. Hidangkan panas bersama nasi. 

Thursday, June 7, 2012

SIAKAP KUKUS HALIA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hari ni nk share siakap kukus halia yang zura buat untuk dinner mlm tadi.Habis fikir da nk masak apa dgn ikan siakap yg seekor ni,godek2 pun godek jumpa la resipi siakap kukus ni dari dapur kak Wana Yusuf,bkn x biasa wat siakap kukus ni tapi saje cari resipi dari blogger2 masakan mana tahu kena dengan selera zura n family terutamanya anak2 zura dan alhamdulillah resipi ni memang memenuhi selera anak2 zura.Ok jom tgk resipi..







Ikan Kukus/Stim 
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional-
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak-zura pun x letak
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar-zura x letak,xde stok

  • Cara-cara
    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

    Wednesday, June 6, 2012

    AYAM MASAK KICAP KERISEK

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
    Hari ini nak share satu resepi yg senang dan cepat yg semestinya pasti sedappppp....Zura jumpa resepi ini kat dapur kak Yatie yg katanya dapat daripada Kak Fida@myresepi,
    Pada kak yatie,izinkan zura CnP resepi di blog kesayangan zura nie yer....






    Bahan-bahan ( 8-10 orang )
    1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
    3-4 biji bawang besar*
    8 ulas bawang putih*
    3 tangkai lada merah/hijau*
    3 batang serai**
    1 ibu jari halia**
    1/2 cawan pes cili kering
    1/2 botol kicap manis/pekat manis
    sedikit belacan bakar
    1/4 cwan air asam jawa
    3 sb penuh kerisik
    garam,gula secukup rasa jika perlu
    sedikit air jika perlu
    1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis


    Cara-cara
    1. Hiris halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
    2. Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
    3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
    4. Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
    5. Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... 

    p/s:zura guna ayam sebelah je sbb yg mkn pun x ramai,jd bhn2nya tu kena pandai2la adjust yer ikut berapa ramai nk mkn....