Friday, August 10, 2012

ALMOND LONDON....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Hari ni x mo tulis panjang2 sbb byk keje yg menanti.Biskut ni zura buat mlm tadi,da siap bakar blh plak tertdo.Nasib baik terjaga pkl 2 pagi,pe lagi pagi2 buta tu zura da mulakan projek mandikan biskut ni dgn coklat dan siap ngam2 masa nk sahur.Bagi zura biskut ni rapuh sgt,xthula org lain buat sama x dgn zura pastu kena hati2 bila memegangnya kalo terkuat je abis berderai,lagi satu kan sebelum dibakar comel2 je bentuknya tapi bila siap bakar ah amik ko..montel2,gebu,mcm2 saiz ada hihihi.Paling menguji kesabaran bila nk menyalut dgn coklat,x kemas langsung.ada yg ok ade yg sememeh.tapikan bila da salut dgn coklat nasib baikla da x berderai kira okla.Lagipun inilah pertama kalinya zura buat biskut ini sebab tu byk sgt songehnya hihihi.











Sumber:Kak Azlita


ALMOND LONDON

Anggaran dalam 120 - 150 biji

250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupnya 
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.

Thursday, August 9, 2012

BISKUT DAHLIA ...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hari nie hari yg ke 20 kita berpuasa maknanya kita semua sudah memasuki 10 mlm terakhir Ramadhan,dan diantara mlm2 terakhir inilah berlakunya malam Lailatul Qadar iaitu mlm yang lebih baik dari seribu bulan dan kita digalakkan untk mempertingkatkan lagi amal ibadah kita pada mlm2 tersebut.Tapi lagi elok kalo kita terus tingkatkan amal ibadah kita sepanjang masa walaupun bukan bulan Ramadhan.
Ok la berbalik pada tajuk n3 di atas,sebenarnya biskut ini adalah biskut pertama yang zura buat sebelum tart nenas teratai.kiranya yang ini adalah tambahan kepada biskut dahlia yang zura da  buat hari tu.Kenapa zura buat biskut tambahan?ahaks..sebenarnya En suami lambat cakap kat zura suruh buatkan biskut ini,en suami nak bagi kat kawan dia.nasib baik x ramai 2 org je.Resepi zura cedok dari blog CMG tapi bab kaler2 zura tgk kat blog kak Ita.mintak halal yer zura CnP resepi di blog kesygan zura ini,bukan apa senang nk wat rujukan..










Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.(zura guna whisk aje)
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


Wednesday, August 8, 2012

TART NANAS TERATAI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
wah lama btl x update blog,da naik bersawang da,labah2 pun da makin banyak wat port2 baru hihihi..biasala tuan tanah ni rasa suam2 kuku je nk berblog ,kira update ikut suka hati tu yg asyik bersawang je hihhihi.Okla diam x diam da 19 hari kita berpuasa,rasa sekejap je kan,x sampai 2 minggu da nak raya.Bercakap pasal raya ni kan,mesti de biskut raya kan,jadinya semlm zura pun merajinkan diri mengukis tart nanas nie.Mula2 ingat nk buat tart gulung tapi entah mcmana dtg plak virus M nk menggulung ni,jadinya zura pun test la wat tart teratai ni.best plak zura rasa bila main terap2 doh ni.Resipinya zura ambil kat SINI dan utk simpanan, zura C n P resipinya kat blog zura.Terus terang zura ckp tart ni mmg memenuhi citarasa zura,bila ngap je terus cair dimulut...














TART NENAS TERATAI
by: Kak Anim & Kak Ita

Idea ilham : Chef Asma

4 oz butter - 115 gram 
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,Masukkan butter dan minyak sapiGaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whiskMasukkan tepung sedikit demi sedikit.Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


JAM NENAS
 by: Kak Anim
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan







p/s:zura guna jam nenas yg ready made je yg ade jual kat kedai bakery..