Thursday, August 9, 2012

BISKUT DAHLIA ...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hari nie hari yg ke 20 kita berpuasa maknanya kita semua sudah memasuki 10 mlm terakhir Ramadhan,dan diantara mlm2 terakhir inilah berlakunya malam Lailatul Qadar iaitu mlm yang lebih baik dari seribu bulan dan kita digalakkan untk mempertingkatkan lagi amal ibadah kita pada mlm2 tersebut.Tapi lagi elok kalo kita terus tingkatkan amal ibadah kita sepanjang masa walaupun bukan bulan Ramadhan.
Ok la berbalik pada tajuk n3 di atas,sebenarnya biskut ini adalah biskut pertama yang zura buat sebelum tart nenas teratai.kiranya yang ini adalah tambahan kepada biskut dahlia yang zura da  buat hari tu.Kenapa zura buat biskut tambahan?ahaks..sebenarnya En suami lambat cakap kat zura suruh buatkan biskut ini,en suami nak bagi kat kawan dia.nasib baik x ramai 2 org je.Resepi zura cedok dari blog CMG tapi bab kaler2 zura tgk kat blog kak Ita.mintak halal yer zura CnP resepi di blog kesygan zura ini,bukan apa senang nk wat rujukan..










Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.(zura guna whisk aje)
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


No comments:

Post a Comment