Tuesday, May 15, 2012

Donut Sira Sambal

Salam 1 Malaysia..
hai..apa khabar rakan2 di luar sana?semoga kalian sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T.Hari ni zura nak masukkan n3 pasal donut plak.Semalam ptg buat donut ini untuk minum petang,anak2 zura kalo petang2 mesti tanya umi x buat apa2 ke,jadi uminya kenala merajinkan diri masuk ke dapur tiap2 ptg tp bila dtg penyakit M datang,buat kat kedai je la jawabnya hihihi janji ado.Donut ini zura buat dua versi,satu yang biasa je la yg buh gula tu la yg lagi satu zura sira dgn sambal ni feveret zura.Da lama rasanya x makan donut bersira sambal ni dapat makan rasa nikmat sgt.Dulu2 masa zura sekolah tingkatan 6 ade classmate yg suka bawak kuih g sekolah,namanya Noraida ataupun Cahaya Hati dan salah satu kuih yg zura selalu suruh bawak ni la donut sambal ye la air tgn seorg mak kan mesti sedapkan.Zura de tepekkan sekali resepi wat donut ni dan zura suka guna resepi ni sbb kejadian donut ni sungguh la lembut.Sapa2 yg blm try tu,try la buat untuk family tersayang....





Resepi dari Hasue

Bahan2:
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)zura guna tpg biasa je...
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara2nya:

  • Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  • Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  • Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  • Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  • Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  • Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  • Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  • Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^




  • Resepi Sira Sambal
    Sumber:Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa
    By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

    Bahan² untuk sira
    15 tangkai cili kering
    5 biji bawang putih
    1/4 cawan sos tomato
    2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
    1/2 labu bawang besar-hasue tambah
    Garam secukup rasa- hasue tambah

    10 -15 biji Donut yang telah digoreng
    sedikit bijan(yg ni zura tambah)

    Cara2 untuk sira sambal:
    1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
    2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
    3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
    4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
    5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)
















    No comments:

    Post a Comment